♥ ♥ ♥ ♥
//Master




BISIKAN RINDU . . .
Monday, December 12, 2011 | 5:42 AM | 0 Notification(s)

BISIKAN RINDU . . !!


Bukan aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan. aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya. Aku tidak pasti sebenarnya adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini. Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah Tuhan. Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwa mu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedari. Tetapi, mengapa kita mesti berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita ? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan ? Jadi . . . janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu.

Pulanglah ! Kerana hanya kau yang ku rindu...



#ciptaan aku haha !!






Older Post | Newer Post